KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding sebagai calon pada PRK Parlimen Kemaman.
"Kita tidak letak calon. Kami kini fokus untuk memperkukuh parti. Kita hendak bina kekuatan bagi menghadapi PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16)," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.
PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sementara itu, Mukhriz berkata Pejuang akan menganjurkan perarakan dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak ke Kedutaan Amerika Syarikat pada 2 petang, Jumaat ini sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin dan tindakan biadab Isreal di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menafikan khabar angin kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding sebagai calon pada PRK Parlimen Kemaman. - Gambar fail/BERNAMA
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRU15: Pejuang kini sah bertapak di Sabah
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan rasmi parti itu di Sabah.
Debat Perdana: Orang Melayu perlu sanggah cadangan Najib selamatkan Sapura Energy
Mukhriz juga berpandangan kenyataan Najib mengenai pertumbuhan 'kek ekonomi' harus disanggah oleh keseluruhan masyarakat Melayu.
Adakah pendaftaran Pejuang akan burukkan lagi COVID-19 di negara ini? - Tun M
Tun M berkata, apa yang Muhyiddin lakukan sama dengan apa yang beliau tuduh Najib lakukan pada PRU lepas, iaitu menghalang pendaftaran parti politik